By: Miss Creativecake

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Mar-2009 03:22 Email | Share | | Bookmark
Class: On March.. Fondant & Sugar Box..

PENGUMUMAN

Saya memohon maaf untuk menangguhkan sementera waktu class-class yang sepatutnya dikendalikan pada bulan March. Saya hanya boleh buat pada 15 March 2009 (Ahad) dan 21hb March 2009 ini juga merupakan class terakhir yang saya kendalikan untuk bulan March ini memandangkan saya menerima jemputan untuk Event Pengantin bagi kali kedua di Ampang Point, saya di kehendaki menyiapkan segala task-task yang diberikan.

Saya harap anda semua dapat bersabar menunggu class yang akan datang dan mungkin class cupcake akan menyusul pula. So tunggggggggggggguuuu...

Sekali lagi saya memohon maaf di atas segala kesulitan.

Untuk gambar lebih menarik sila berkunjung ke http://misscreativecakes.blogspot.com




Thursday, 26-Feb-2009 13:32 Email | Share | | Bookmark
Class Fondant & Sugar Box on 14 February 2009

 
 
 




Atas permintaan Class akan di sambung kembali pada tarikh-tarikh seperti di bawah. Sesiapa yang berminat sila membuat pilihan pada tarikh-tarikh tersebut.

Maybank2u
Mislehah Juki
Account No. 1622-5474-9668

1 March 2009 (Ahad)
7 March 2009 (Sabtu)
8 March 2009 (Ahad)

14 March 2009 (Sabtu)
15 March 2009 (Ahad)
21 March 2009 (Sabtu)
22 March 2009 (Ahad)
28 March 2009 (Sabtu)
29 March 2009 (Ahad)

Bayaran deposit 50% hendaklah dijelaskan seminggu sebelum kelas bermula manakala baki bayaran boleh dijelaskan seminggu sebelum class bermula atau pada tarikh class yang di hadiri. Memandangkan waiting list ramai saya utamakan dahulu yang lebih awal meninggalkan pesanan di FP/HP saya. Harap lah kiranya setelah membayar deposit mengemailkan resit bayaran ke misscreativecakes@yahoo.com utk memudahkan bagi pihak Mis's Creative cakes membuat semakan. Kerjasama anda semua saya ucapkan ribuan terima kasih. Bagi sesiapa yang tak dapat melihat gambar-gambar di sini boleh tengok ke blog saya seperti di bawah.

http://misscreativecakes.blogspot.com

Pada tarikh 7hb Mac dan 8hb Mac, kelas terpaksa di batalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Harap maklum
Terima kasih..................




Tuesday, 17-Feb-2009 00:44 Email | Share | | Bookmark
Silver Grey Cuppies Cakes...

 
 
 
View all 4 photos...


Sunday, 8-Feb-2009 15:45 Email | Share | | Bookmark
Class: Group 1 & 2 - Kelas Fondant & Sugar Box...

 
Aishah-group 1
Chepah-group 1
View all 19 photos...
Seperti biasa yang jauh pasti sampai lebih awal Dayang Farah dan Dayang Aimi mendahului rakan-rakan yang lain, Dayang Aimi orangnya peramah, manakala Dayang Farah agak pendiam dan senyum aje. Masa nie belum riuh lagi suasana rumah saya bila masuk saja Dayang Rani, Dayang Mazita (ita) dan Dayang Dahlia gamat sungguh di buatnya, Dayang Aishah agak pendiam juga orangnya. Dayang Chepah sampai lagi riuh rendah. Aduhai gamat sungguh lah di buatnya oleh geng-geng dayang nie. Masa nie saya dah mula pening tengok gelagat dia orang senyum aje lah pandang telatah mereka, seronok juga gelagat nya ialah jumpa tak setahun sekali titik perkenalan mereka di alam cyber. Bila jumpa mcm-mcm cerita lah nak di kongsinya. Lewat petang Dayang Aishah dan Dayang Dahlia dah pening kepala tetapi Dayang Dahlia sempat menghabiskan deko malangnya Dayang Aishah terpaksa di bantu oleh anak saya SOFEA kesian saya tengok muka Dayang Aishah termenung kepeningan ubat tak jalan lagi. Kelas siap pukul 7, sugarbox tak sempat di buka dan dihias. So mereka membawa balik sekali dengan gelang emas memasing. Sepatutnya saya tolong buka sugarbox tu, tetapi memasing dah kalut saya pun terikut kalut terus masukan sugarbox tu ke dalam box memasing utk di bawa pulang. Kesian…. dah buka ke lum gelang emas tu awak semua tu. Hias lah ya antar pada saya nanti saya masukan dlm FP nie.

Pengalaman mengajar anda semua amat menyeronokkan. walau keletihan dengan teletah anda semua, harap dapatlah memanfaat semua ilmu yang telah anda pelajari. Ingat pesanan saya anda perlu bayar tenaga anda sendiri... faham kan.... apa yang kak Mis maksudkan:-D

Di bawah sebahagian kerja-kerja yang siap di deko oleh dayang-dayang nie semua



Group 2 berlainan pulak charater, Dayang Chart dan Dayang Sally sampai awal mereka nie dari Melaka, Dayang Chart orangnya agresif nak cepat aje kerjanya, saya kena kejar bukan dia kejar saya hebat Dayang Chart nie tau, belum sempat saya cakap dia dah mula. Dayang Chart tahan lasak orangnya apa saja kita usik dia selamba aje mukanya tahan gurau dan peramah dia nie, suka kacau dia. Dayang Sally, Dayang Wani, dan Dayang Norli, Adik Zareena kurang bercakap tekun buat kerja tengok tu gambar mereka punya lah tekun dia selagi tak siap tak donggak kepala lah di buat nya. Bila di tanya semua ok, Dayang Sally, Dayang wani. Dayang Norli, Adik Zareena ok ke? Ok…ok… I’m ok. Sehingga saya pergi solat keluar tengok mereka semua tekun tunduk dengan tugas-tugas memasing. Lewat petang Chart mula buat kelam kabut sebab nak kerja bas pukul 6, balik Melaka, ribut sekejab suasana pada waktu itu terkejar-kejar Dayang Chart dan Dayang Sally. Saya terpaksa membantu membereskan Frill Sally, tak sampai hati tengok kerja tak siap nak balik Melaka kan. tetiba mereka berdua di kejutkan hon kereta bertalu-talu di depan rumah lagi lah mereka kalut. di buatnya, rupa-rupanya abang ipar dah sampai depan rumah nak antar mereka ke Pudu Raya. Mereka semua dapat menyiapkan segala module sugarbox siap hias sekali. Kelas habis pukul 6, awal dari group pertama. ->




Dalam masa yang sama saya nak update blog http://misscreativecakes.blogspot.com tak bole buka blog saya keluar message nie

"Blog has been removed, Sorry, the blog at misscreativecakes.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs."

Mengapa ya, sesiapa boleh membantu saya, kalau nak buat semua jenuh pulak nak upload gambar kan, bukan kita banyak masa nak mengadap komputer nie. Bantuan anda amat semua amat di alu-alukan.


Tuesday, 3-Feb-2009 00:58 Email | Share | | Bookmark
Garden Cuppies Cake...

 
 
 
View all 5 photos...


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net