By: Miss Creativecake

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Jan-2009 01:05 Email | Share | | Bookmark
Wedding: 3-Tiers Purplelish Buttercream Cakes...

 
 
 
View all 5 photos...


Thursday, 22-Jan-2009 01:56 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...
Aduhai.... Mis's Creative Cakes betul-betul kekeringan idea untuk mendeco hari ini, termenung panjang mengadap sebiji cake ini begitu lama tak timbul-timbul idea mengapa .... mengapa .... dan mengapa ....!!! Saya sendiri kehairanan, sedangkan selalunya bila mula pegang nozel sahaja dah terbayang gaya corak bagaimana nak di ilustratkan pada sebuku cake...... sudah.... ??adakah saya sudah kehilangan mood untuk mendeco pada waktu ini, tak mungkin...tak mungkin.... kenapa ya.???

Nampak gaya Mis's Creative Cakes sudah tak creative nie...namun bila ku renung-renung lama cake ini... baru ku ingat memang betul mood saya memang tiada dek kerana cerita Indonesia "INTAN" jam 11.00 mlm tadi. Siapa yang mengikuti cerita itu mesti faham jalan cerita, Saya sedih sebab RADO teman lelaki Intan sudah buta mata sekarang. RADO ini seorang yang baik selalu membantu Intan bila ada kesusahan kerana Rado tidak mahu melihat kesusahan Intan.... sedih pula nak cerita ikutilah sendiri ya... tayangan setiap hari Astro 105 sekarang nie ceritanya agak sedih.

Ha... mood memainkan peranan penting dalam segala situasi sedih/marah dan sebagainya. Itu sebab Mis's Creative Cakes dah tak jadi creative lagi lah nie, deco di bawah tu pada pandangan saya yang agak kurang memuaskan hati saya. sedih....sedih.... walaupun ku bagi discount pada customer namu hati ini masih tak puas hati kerana kekurangan tarikan cake ini.

Apa pandangan anda, ku memerlukan pandangan Ikhlas dari anda semua, saya menerima segala teguran dengan hati terbuka, jangan risau saya tidak berkecil hati dengan teguran anda semua. kerana ini akan menjadikan semangat saya lebih berhati-hati untuk memperbaiki segala kesilapan saya.

http://misscreativecakes.blogspot.com





Thursday, 22-Jan-2009 01:10 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...


Wednesday, 14-Jan-2009 00:53 Email | Share | | Bookmark
Wedding: Menara Cupcake for Doorgift...

 
tersergam indah...
 
View all 28 photos...
Tepat jam 9.00 pagi tiba di Ball Room Toh Puan Raha, Sampai di sana terus mencari pasangan pengantin, tetapi hanya dapat bertemu dengan hubby saly yang kebetulan pada waktu itu beliau berada berdekatan dengan pelamin, Selepas beberapa minit baru kelihatan saly heeemmm lega...... discuss di mana nak letak meja cupcake. Tugas pertama cari meja wedding yang nak meletakkan wedding cake dahulu sebelum saya pergi ke tugas ke dua saya.

Untuk tugas pertama ku serahkan pada anak-anak ku untuk menyusun wedding cake dan menabur ros petal semua, siap sahaja mereka semua terus ke tugas ke dua membantu saya dan suamiku menyusun cupcake pulak yang tinggi tu, saya nak meletakkan yang di atas sekali terpaksa terangkat kaki, nasib baik suami tercintaku ada bersama membantu senang sikit di capai di atas tu. Kira-kira satu family ler turun padang untuk mengerjakannya. Selesai semua jam 11.00 Saly suruh kita makan dulu tu sebelum balik tetamu belum sampai lagi kira-kira yang org bertugas tu mkn dulu ler .... malu sebenarnya, ku..... Sampai rumah....memasing terus tidur balik sebab malm tu tidur lewat sampai pukul 2 pagi tanya Sofea dik apa rasa dik, dia jawab penatnya macam seminggu tak hilang tapi menyeronokkan tanya dia balik adik rasa nak sambung kerja-kerja ibu nie nanti tak bila ibu tak ada... dengan selamba dia jawab entah yeh.... kalau kak long dan abang ngah rajin tolong adik boleh ler.... sebab kak long creative bole byk bagi idea deko, abang ngah pulak setakat buat kotak-kotak aje bole ler.... padan muka abg ngah adik pun perasaan dia suka curi tulang Apa-apa Ibu amat menghargai pertolonganmu semua setinggi-tinggi jutaan terima kasih pada anak-anak ku dan darlingku..

Oppp.... lupa pulak terima kasih pada adik ipar ku juga si Maria yang bertungkus lumus membantuku pada malam tersebut.... ku perlukan bantuan mu di masa-masa akan datang ya...

So happy viewinglah ya..... semua!!! Saya suka pelamin nie cantik & simple mesti bila pengantin ada sekali bertambah cantik kan.... sbb saya terserempak dengan Pengantin lelaki semasa nak keluar balik dengan membawa baju pengantin white & gold, wah saly lepas nie kirim gambar pengantin ya jangan lupa akan ku letak kan di sini.. nice to meet you dear...






Quote:
Testimoni

kak mis....thank you soooooo much for such a great job!!!sgt2 cantik, eventho sy xdpt tgk(tgh bz bersiap) real life cane sbnrnye rupe menara cupcakes tu...tp mngikut kata semua org and melihat pic ni mmg sgt cantik laaa...hehehe..

kek kawin akak tu bukan hanya cantik bahkan sgt sedap..semua org asik tny kt mana saly tempah n of cos laaaa, saly dh promo nama akak baikkk punya..rsnya management ofis tun rahah pun dh tau contact no akak..hehehe...

sy sgt risau akak x mkn sebelum blk, nsb baik faiz ckp akak mkn jgk..hehehe..tq ehh akak....lepas ni klu ade rezeki, kita akan berkerjasama lg ok....tqqqqqq........

Saly



Monday, 12-Jan-2009 04:11 Email | Share | | Bookmark
Event: Pameran Pengantin, 2hb - 4hb Jan 2009 di Ampang Point...

Di awal pagi bersama partner Mummy Roz
Pengantin bersanding
Menepung Tawar
View all 26 photos...
Seminggu berlalu Pameran Pengantin yang berlangsung di Ampang Point pada 2 - 4 January 2009, namun baru sekarang ada kesempatan untuk mengupdate foto-foto yang sempat di ambil semasa pameran tersebut.

Pengalaman yang amat berguna untuk sesiapa yang ingin melibatkan diri seperti event begini. berdiri dari pagi sehingga pukul 10 mlm sekejap aje dapat duduk sehingga suara pun hilang lah dok explain benda yang sama aje.

Hari pertama Ida Isk telah mendahului rakan-rakan yang lain sempat membantu buat jualan lagi pada customer Korea.. Kesiannya agaknya Ida tengok saya terkapai-kapai tak terlayan customer yang ramai datang, waktu tu partner ku mummy roz belum sampai...., terima kasih Ida juga biskut mu yang comel-comel tu ya. Terima kasih pada rakan-rakan FP Elie/oven Dalia/Anna malangnya tak sempat nak mengambil gambar mereka sebab kebetulan semasa beliau sampai customer dah ramai so nak melayan rakan-rakan FP pun terkujat-kujat. ada rakan FP yang ku tidak mengenali muka cuma hanya pada nama pun datang terima kasih kerana memberi semangat pada saya dan partner mummy roz. Juga tidak ketinggalan untuk Jasmin Khalid beliau sentiasa mengikuti ke mana saya pergi katanya hehehe dulu pernah buat di BSC pun beliau ada terima kasih Jas terharu saya juga untuk sahabat Suzinor yang mengenali saya melalui alam cyber Rnet datang juga memberi semangat. Terima kasih juga pada artis Yatt, sya pun kurang mengenali artis nie, tetapi anak saya kata ibu itu artis yatt lah....Anak ku sofea banyak membantu dia memang meminat benda-benda gitu suka bercakap dengan orang (melayan customer). Ada satu masa tu, saya takut sofea cakap salah information so saya cuba nak explain tetapi customer tu siap cakap tak mengapa saya nak dengar anak u bercakap agaknya dia seronok tengok sofea bercakap agaknya. lepas tu bila tengok sofea dah confident apa lagi saya pun mencari peluang lah utk ke gerai lain lah..... heheheeh.... semoga berjaya sofea ku sayang.

InsyAllah kalau umur panjang boleh kita berjumpa lagi di Mid Valley 7 - 8 Ogos 2009 nanti. Doakan saya dan partner sihat.

Di bawah sedikit foto-foto yang sempat di ambil ya so happy viewing.......




[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net