By: Miss Creativecake

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Nov-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
Wedding: Neiyl Mentor 5-tiers Fresh Flower Buttercream Cake...

Simbol Cinta
Ramai yang tidak sedar tentang pertalian dan simbol kek perkahwinan. Secara tradisi, pengantin atau mempelai akan memotong kek bersama-sama pada hari perkahwinannya. Acara ini membawa makna simbol kesuburan. Pengantin juga berkongsi memakan sepotong kek. Amalan ini melambangkan kesanggupan untuk berkongsi susah dan senang bersama-sama.

Secebis kek!
Kek perkahwinan merupakan antara acara terpenting majlis. Setiap oramg amat menanti-nantikan acara itu. - ia bukan semata-mata kerana sebiji kek - tetapi makna tersirat di sebalik upacara memotong dan berkongsi menikmatinya.

Nikmatilah kek

Memilih kek perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Dahulu, asas kek perkahwinan hanyalah kek putih dan aising vanila. Namun, menjadi trend masa kini pasangan pengantin memilih pelbagai jenis kek - dan kedai kek hari ini mampu menawarkan pelbagai pilihan dan jenis kek.

Kek coklat, kek mentega, kek buah, kek marmar - pilihan tidak terhitung. Malah, kita boleh memilih lebih dari satu jenis kek perkahwinan atau menikmati kek yang berlapis-lapis dengan rasa yang berbeza-beza. Dengan adanya pilihan aising kek yang bermacam jenis - coklat, vanila, mocha, lemon - ciptaan kek hari ini boleh mengikut apa saja selera anda.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah menghias kek. Sama ada anda mahu mesej ditulis dengan aising, beranekajenis buah-buahan, patung kecil pengantin, gubahan bunga - semuanya boleh dipenuhi.




Haaaaaaaaa.... kali nie tentunya semua kenal penyanyi nie kan ya. Siapa yang rajin tengok Mentor dulu mungkin kenal, dia baru ada 2 album baru nak naik lah katakan tapi fanclubnya ramai giler katanya. Nie lah penyanyi Niely dan pasangannya Dazma.

Seperti kebiasaan bila menerima wedding cake soalan yang pertama saya ajukan thema apa?, Sama seperti penyanyi Niely juga, beliau mengatakan black n white. dan tidak mengatakan grey ada sekali. Kalau lah saya tahu 3 warna gabungan nya sudah pasti saya akan buatkan kek tersebut krim berwarna grey dan reben Hitam juga menggunakan rose berwarna putih barulah bersesuaian dengan themanya kan. Tapi apakan daya Neily minta warna Rose Merah (lambang cinta katanya) so jauh sangat lah jadinya. tapi ku cuba juga mengabungkan seberapa boleh agar bersesuaian dengannya. Tetapi kalau lah dia memilih rose putih mesti menjadi impian saya yang selama ini teringinkan warna-warna yang lain dari lain orang buat. Saya sentiasa berkeinginan perubahan combinasi warna yang agak menarik dari warna-warna biasa tentunya menarik kan bila dapat warna tersebut. Untuk 5 tiers wedding cake tu saya gabungkan dengan pelbagai rasa di bawah sekali Chocolate/vanilla/orange/strawberry/Pandan beratnya 1st (8kg) / 2nd (6kg) 3rd (4kg) 4th (2kg) 5th (1kg) untuk sekutum rose RM3.00 dan rose tersebut besar dan berwarna merah baldu itu pilihan beliau. Harga

Semasa beliau datang ke rumah anak saya Sofea terlonjak-lonjak kegembiraan ialah bebudak kan artis datang rumah katakan bila di hari majlisnya pulak dia sibuk mencari artis-artis kegemarannya di heretnya saya ke sana-kemari untuk mengambil gambarnya yang tak tahan tu pengubah lagu (Adnan Abu Hassan) pun dia minat aduhai anak-anak.... naik malu saya

Bila Pengantin sampai saya terpaksa memanjat kerusi nak mengambil gambar untuk pertama kalinya saya memanjat kerusi di Majlis orang hanya kerana untuk mendapatkan angle yang cantik tetapi malangnya kita pun bukan pandai sangat nak ambik gambar kan so nie ajelah hasilnya gambar tak berapa sharp. Sebenarnya menjadi artis nie pun susah juga rupanya nak menyuap makanan baru nak suap makanan ada saja camera2 yang menyibuk termasuk lah saya.... kesian artis ya...

Walau bagaimanapun saya sentiasa menanti ada orang nak order warna yang ku tunggu-tunggu or siapa nak celebrate Annivesary ku hadiahkan 3 tier tersebut sebagai merealisasikan impian saya cepat angkat tangan nie betul tau bukan memain cepat sambut.tapi bukan ramai seorang sahaja. offer valid til end of December 2008







Wednesday, 29-Oct-2008 08:40 Email | Share | | Bookmark
Birthday: Fondant Cuppies Cake in Decorative Box...

 


Thursday, 23-Oct-2008 09:30 Email | Share | | Bookmark
Goldish cuppies

 
Ramai betul yang minat Golddish nie ya, Sebenarnya dalam kita buat sesuatu benda ada cerita-cerita menarik dan sedih dalam kita menyiapkan segala kerja kita untuk di jadikan kenangan. Nak di jadikan cerita mencari butterfly gold nie bukan lah main susah waktu tu, semua kedai sudah kehabisan. Sebenarnya saya dah beli sebelum tu, tapi misplaced entah macamana tak tau di mana hilangnya. Risau waktu tu, customer nak ambik malam kita masih tercari-cari butterfly tak jumpa juga. Apa lagi ambik kunci kereta bertemankan sahabat karib ku iewa dari http://ehantaran.fotopages.com menjelajah sampai ke Melawati mencari si butterfly tu sampai ke Magrib tak dapat juga akhirnya. Keluar dari Kedai terus drive balik ke rumah dalam perjalanan tak putus berdoa berdoa Ya Allah jumpakan lah aku butterfly yang hilang tu, rasa nak menangis pun ada risau semacam, tinggal berapa minit lagi customer nak datang collect. bukan apa customer tak mau guna butterfly yang lain nak gold juga ialah thema pun gold kan apa nak di kata turutkan juga.

Sampai di rumah dah kepenatan cakap dengan Iewa sahabatku yang menemani kemana saja ku pergi waktu itu. Apa lah kak mis nak buat nie Iewa....aduhai sedihnya kesian pulak dengan customer, saya nie seboleh mungkin tak mau mengecewakan permintaan customer. Iewa sudah berkali-kali menyuruh saya mencari di dalam kereta dan dia pun cari juga sampai bawah-bawah kereta di carinya takut tercicir di bawak kereta katanya tapi tak jumpa. Masuk rumah termenung lagi Ya Allah aku mohon dengan mu jumpakan lah butterfly tu...

Pergi ke dapur minum air kosong tarik nafas panjang-panjang berkata di dalam hati, aku rasa selepas aku bayar butterfly semalam aku terus masuk dalam kereta mesti benda tu ada dalam kereta tak boleh jadi mesti ada di dalam kereta. Sebelum buka pintu kereta sekali lagi Bismillahirromannirrohim kalau memang ada rezeki aku Ya Allah aku mohon dengan mu jumpakan lah butterfly tu.. bila terbuka pintu kereta ku terpandang satu plastic merah terselit di handbrek kereta. cepat-cepat ku tarik Ya Allah Alhamdullilah aku menjumpai butterfly yang dok keluar masuk dari tadi tak jumpa. Apa lagi menjerit aku berteriak-teriak si Iewa nie... Iewa...Iewa kak mis dah jumpa butterfly memasing kegembiraan ALHAMDULILAH YA ALLAH KAU TELAH MEMBANTU KESULITAN KU. TERIMA KASIH YA ALLAH. lega rasanya.




Thursday, 23-Oct-2008 09:08 Email | Share | | Bookmark
Wedding: 3-Tier Red & White Buttercream Cuppies Cake...

Red & White Cuppies


Monday, 20-Oct-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
Gift: Exclusive for VIP - Chocolate Brownies in Decorative Box..

 
ANNOUNCEMENT FOR WEDDING CAKES FOR THE MONTH OF OCTOBER, NOVEMBER & DECEMBER ALREADY CLOSED BUT OPEN ORDER FOR 2009

Corporate Gift juga ada yang menempah untuk wedding gift, Brownies nie memang sedap dan moist. Tempahan yang tak pernah putus setiap minggu ada saja tempahan untuk Brownies.



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net