By: Miss Creativecake

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Oct-2008 06:55 Email | Share | | Bookmark
Wedding: 3-Tier Butter Cream Cakes - Green + Chocolate

sibuk nampak Nis


ANNOUNCEMENT FOR WEDDING CAKES FOR THE MONTH OF OCTOBER & NOVEMBER ALREADY CLOSED.

Sejak kebelakangan nie saya lebih suka menceritakan karenah anak-anak saya, nie satu lagi assingment yang ku berikan untuk mereka berdua (Abang Ngah Hafiz & Kak Long Anis) untuk article nie Adik sofea tak muncul ceritanya kerana mengikut saya ke Melaka.

Begini ceritanya, pada malam sebelumnya saya telah menghantar message ke Rika mengatakan boleh ke saya menghantar cake tu se awal mungkin dalam pukul 10.30pagi ke 11.30pagi, tetapi rika telah mereplynya degnan mengatakan emak mertuanya maukan cake tersebut sampai pukul 12.00 tengah hari di sebabkan pengantin akan sampai ke dewan dalam pukul 1.00 ptg begitu lah bunyinya. Hati nie mula resah bagaimana cara nak menghantar di waktu itu sedangkan saya terpaksa pergi ke Melaka kerana ada jemputan juga.

Diam dan berfikir apa kata saya bagi assingment nie pada mereka berdua ya (Abang Ngah Hafiz & Kak Long Anis). Macamana agaknya boleh ke mereka berdua buat fikiran berputar-putar takut tumbang pulak cake tu nanti. hati tak senang... namun berdetik de hati Eh....kalau saya tak percaya mereka berdua buat dengan sapa lagi nak ku pinta tolong ya.... Namun kuatkan hati juga.bila ku ajukan pada mereka berdua beliau menjawab dengan nada yang agak mencurigakan hati saya. Alamak risaunya ya...... tapi Ayahnya menyampuk ala...jangan risau boleh punya mereka buat tu. Jom kita pergi Melaka kita sama-sama doakan supaya beliau belajar selok belok kepayahan bekerjasama. Tiada perkataan senang dalam hidup dengan tanpa melalui ranjau kepayaan bagi mereka.


Melangkah saja keluar dan masuk ke kereta sepanjang perjalanan berdoa jangan lah berlaku apa-apa pada mereka berdua nanti semasa pennghantaran dan pemasangan Wedding cake tersebut. Melepasi sungai besi saya cuba menghubungi mereka bertanyakan keadaan bagaimana. Si budak berdua nie pun bijak tak mau ibunya risau mereka cakap don't worry we can handle ibu. cuba perhatikan gambar Along Anis dan Abg Ngah tu dok membelek-belek cake tu centre ke idak nya. tengok seriau juga budak tu buat. .... Baru sampai ke A-famosa saya menerima panggilan dari mereka berdua ...Ibu don't worry well done Ibu dan banyak angle foto-foto yang telah di ambilnya. Secepat kilat tangan ku mengurut dada Alhamdullilah selamat. terima kasih anak-anak ku. Kamu semua merupakan orang kuat ibu semasa ketiadaan ku. Ibu sayaaaaaaaaaaaaaaaaang kamu semuaaaaaaaaaaaaa. terima kasih.sayaaaaaaaaaaaaaaang. Apa pun kita tunggu komen pihak pengantin ya RIKA.

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SHARIKA MAY SARA & MOHAMED HASLAM

Quote:
Testimoni

hai kak nis...sorry lambat comment ika x der masa sgt....hihihihi x sangka rupenye akak betul2 risau hal tu...sorry kak....ika pon x sengaja ...anyway thank u so muchhhh cake tu mmg cantik kena ngan tema and sedap tu paling penting.... aka tima kasih banyak2.....akak nak tanya ni selain cake kahwin kek birthday cake akak buat x like customize utk my hubby lah dier nyer birthday bulan ni...boleh x akak sms ika? thank you... send my regard kat anak akak yg dtg hari tu hantar kek...

Sharika & Haslam


Thursday, 25-Sep-2008 03:34 Email | Share | | Bookmark
Salam Eidulfitri...




Sudi-sudikan lah membawa balik kad raya nie ya teman-teman nak ku pose takut tak sampaii pulak kerana ketiadaan alamat

KOLEKSI KAD RAYA DARI MEMBER FP

Terima kasih Mamaharis (Along)

Kad Raya dari Rin http://rinzura.fotopages.com

Ecard dari tutcute bagus betul ecard nie mengingatkan kita agar berhati-hati di jalan raya walau apa kenderaan apa yang kita bawa....entah ceruk mana agaknya tutcute tangkap ya. apa pun terima kasih tutcute http://tutcute.fotopages.com/

Dari Jasmeen, http://jasmeen.fotopages.com/

Dari Salwa http://ssalwa.fotopages.com/

Dari bro Jeff : http://ambig.fotopages.com/

Dari Mamafami Sayang

Dari Noni Nadiah, terima kasih ya : http://e-nadd.fotopages.com/

Dari Mak Lang

Dari Ummi Eyna http://muffindummi.blogspot.com/

Dari Julia Moscow http://farhahjohanisse.blogspot.com/

Dari Zai http://dapurimpian.fotopages.com/

Dari Aishah Ummi Aqil http://shaishah.fotopages.com/

Dari Zara http://zahasfam.fotopages.com/

Dari Tun http://Boxstudiohouse.fotopages.com

Dari Baya http://kimiein.fotopages.com


Tuesday, 16-Sep-2008 02:41 Email | Share | | Bookmark
Birthday: Cupcakes GARFIELD

Waaaaaaaaaaaaaah...entry kali nie nak cerita pasal gelagat anak-anak dara saya nie.

Petang tu saya telah mendapat tempahan dari pelangan hanya mengatakan charater cartoon garfield, kebetulan pada waktu tu saya sedang sibuk dengan tempahan kek yang lain. Macamana nak buat nie ya, saya kalau dengar kek untuk anak-anak kecil memang tak sampai hati nak tolak seboleh mungkin saya akan cuba buatkan.

Kebetulan Along Anis ada di ITM lagi masa tu, macamana gaya nie ya. Lepas saya meletakan phone, macam-macam tahu aje si naluri Along nie tau… ibunya memerlukan bantuan beliau Kebetulan lepas aje saya meletakkan phone dia call yang dia nak balik mlm nie. ..…pucuk di cita ulam mendatang ler gamaknya Alhamdulilah, dia bersetuju nak buatkan Garfield tu.

Pada mulanya adiknya tengah sibuk main games di computer, Along teriak dik oh dik nak upah tak??, mari lah tolong kak long nie. Ok adik jawab nak upah apa? upah beli makanan kucing …. Buat apa …ala adik tolong buat mata dan warnakan misai Garfield nie nanti kak long upah adik kumpul duit boleh beli makanan kucing adik…. itulah modalnya untuk perangkap adik dia. bijak betul, ayat sebiji macam emaknya kenakan pada dia sebelum nie.

Sebenarnya hobi dua beradik nie selain suka main games dia ada binatang peliharaan kesayangannya si Bonok dan si Jangut nie. Si adik bila dengar nak upah melonjak lah kegembiraan bukan senang punya kerja nie….Untuk pengetahuan rakan semua Along nie kalau buat kerja teliti orangnya. Tu sebab dia siap warning pada adiknya ‘buat cantik-cantik dik jangan buruk tau….. si adik nie nak upah punya pasal takut-takut aje pegang piping bag tu takut comot . Kekadang kelakar juga tengok gelagat dua beradik nie. Dengan penuh berhati-hati si adik buat takut tak dapat upah. So nie lah hasil creativiti anak dara saya Along Anis dan Sofea. Pada pandangan anda berapa agaknya nak bagi star pada 2 beradik nie ya….????





Wednesday, 3-Sep-2008 01:55 Email | Share | | Bookmark
Special On My Birthday....

Kena teka dulu apa bendanya??
baru buka kotak tu...
handbeg & jam dlmnya..
View all 12 photos...






3hb. September 2008 bersamaan 3 Ramadhan 1429 untuk pertama kalinya ku hari lahir saya jatuh pada bulan Ramadhan.

Dalam ku lena-tak lena tidur bak kata orang tidur-tidur ayam tetiba aku di kejutkan dengan kucupan dari seorang anak lelaki ku HAPPY BIRTHDAY IBU…. dan di ikuti Sofea, Along Anis hanya menaliphone sebab beliau berada di Shah Alam pada mlm tersebut, bila ku lihat jam di phone eh kul 12.00 malam rupanya.

Membuat saya terharu, bila anak-anak dah besar memberi hadiah dengan ucapan ibu nie hadiah dari anak-anak ibu hasil jualan cupcake aduhai...terharu diri ini bila di hargai oleh anak-anak. Saya memang mengajar anak-anak saya kalau awak semua nak duit so kena tolong ibu buat cupcake nanti dapat duit boleh guna apa yang awak semua nak beli. rupa-rupanya dalam percakapan saya nie dia menyimpan duit untuk membeli handbag PRIMAVERA untuk di hadiahkan kepada saya. mengalir airmata menerimanya.... semuga anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah hendaknya. kau lah penghibur hati ibu yang selalu kesunyian sebenarnya...kerana ayah selalu outstation jumpa pun seminggu sekali.

Seperti biasa suamiku dengan kejutannya memandangkan beliau tiada di sampingku anak-anak lah menjadi mangsa untuk mengejutkan pemberian hadiah darinya. semalam Sofia (anak bongsu saya) menjemput saya balik kerja masuk aje dalam kereta dia dah mula bercakap 'Assalamualaikum Ibu' nanti balik rumah jangan terkejut ya...saya dengan selamba menjawab kenapa pulak.... budak nie cakap begitu.....

Dalam pada tu menerima panggilan phone call yang suaranya agak selalu ku dengar katanya nak buka puasa di rumah ku. sambil tergelak-gelak ku katakan betul ke..jemputlah tapi saya belum sampai di rumah lagi ya sambil dok gelak aje...juadah kena beli aje sbb saya masih di depan ofis nie. beliau ber ia-ia mengatakan boleh ke tidak...tapi ku dengar suara sebiji macam MAMAFAMI hati ku mula gusar betul ke adik si UCU nie ke dia sendiri menyamar tapi masih gelak lagi..sepanjang perbualan gelak aje tak sudah sehingga Ucu tanya kenapa akak nie gelak aje nie. Sebenarnya dalam hati nie terdetik pandai betul si MAMAFAMI nie nak perangkap aku ya…..UCU siap cakap nie bukan MAMAFAMI lah tapi masa tu saya tak panggil MAMAFAMI sbb ada panggilah best untuk dia nie nak tau kena tanya dia sendiri.hehhehehe sehingga utk buat saya percaya bole dia cakap saya pernah antar cadar dulu ....entah mengapa hati ini begitu gusar sekali....hehehe. Sampai di rumah ku menerima sebiji kek fulamak dalam hati mungkin betul juga UCU adik mamafami heheh....rupanya dia bukan nak buka posa rumah saya nak menghantar kek harijadi tu…..aduhai MAMAFAMI kau buat diri ini macam tak jejak tanah di buatnya. heheheh.. lepas magrib MAMAFAMI mengiakan memang adik beliau (UCU) bukan dia hehehehe....barulah diri ini betul-betul percaya......

Lepas tengok kek pemberian MAMAFAMI sofea terus mengheret ku ke meja makan main teka-teki dulu cuba teka ibu apa nie…. Dalam hati dari siapa pulak nie….tapi ikut juga rentak si sofea nie… woooouuuuu…!!!.. ku dapat hadiah jam tangan GUESS dan Handbag. dari my hubby. Happy giler jam yang ku idam-idamkan selama ini. Magrib sebelum sewaktu buka anis sampai dengan kek aiscreamnya lagi…aduhai along mana nak letak nie long…perut tak bole nak masuk lagi nie…. Jangan tak tau dapat lagi OVEN MORGAN ini dari adik ipar heheheh…. Nampak gaya lepas raya tak kering tangan di buatnya. Tapi yang oven nie saya khaskan utk macaroon sahaja so nanti saya akan buat class utk macaroon nie sapa nak joint boleh register awal heheheh.macaroon nie sedap….

Kembalinya dari kerja pada Tuesday 9hb. September, dapat lagi hadiah dari NINI sebuah buku delicius Cakes by Amy Heng yang amat bagus sekali isi dalamnya, sesiapa nak beli bole cari buku bagus sangat macam2 kek ada di dalam nie salah satu dari dalam buku tu klu tengok resipi memang sedap. gambar kena tunggu nak upload tak sempat heheh tunggggggggggggggggu.... Terima kasih NINI sayang ......

Terima kasih juga pada rakan-rakan FP juga Rnet yang menghargai diri ini.

Nie ole-oleh dari wawa :http://ssalwa.fotopages.com/ terima kasih wawa, kerana menerima diri ini sebagai salah seorang sahabat mu....really appreciate its n i'm will be ur fren forever InsyAllah



Thursday, 28-Aug-2008 07:48 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan....



Niat Puasa Bagi Satu Bulan Ramadhan Keseluruhannya.           Niat Puasa Setiap Hari Sepanjang Ramadhan.

Niat Berbuka Puasa.                                                               Doa Setiap Ketika Di Bulan Ramadhan.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net