Ramai betul yang minat Golddish nie ya, Sebenarnya dalam kita buat sesuatu benda ada cerita-cerita menarik dan sedih dalam kita menyiapkan segala kerja kita untuk di jadikan kenangan. Nak di jadikan cerita mencari butterfly gold nie bukan lah main susah waktu tu, semua kedai sudah kehabisan. Sebenarnya saya dah beli sebelum tu, tapi misplaced entah macamana tak tau di mana hilangnya. Risau waktu tu, customer nak ambik malam kita masih tercari-cari butterfly tak jumpa juga. Apa lagi ambik kunci kereta bertemankan sahabat karib ku iewa dari http://ehantaran.fotopages.com menjelajah sampai ke Melawati mencari si butterfly tu sampai ke Magrib tak dapat juga akhirnya. Keluar dari Kedai terus drive balik ke rumah dalam perjalanan tak putus berdoa berdoa Ya Allah jumpakan lah aku butterfly yang hilang tu, rasa nak menangis pun ada risau semacam, tinggal berapa minit lagi customer nak datang collect. bukan apa customer tak mau guna butterfly yang lain nak gold juga ialah thema pun gold kan apa nak di kata turutkan juga.
Sampai di rumah dah kepenatan cakap dengan Iewa sahabatku yang menemani kemana saja ku pergi waktu itu. Apa lah kak mis nak buat nie Iewa....aduhai sedihnya kesian pulak dengan customer, saya nie seboleh mungkin tak mau mengecewakan permintaan customer. Iewa sudah berkali-kali menyuruh saya mencari di dalam kereta dan dia pun cari juga sampai bawah-bawah kereta di carinya takut tercicir di bawak kereta katanya tapi tak jumpa. Masuk rumah termenung lagi Ya Allah aku mohon dengan mu jumpakan lah butterfly tu...
Pergi ke dapur minum air kosong tarik nafas panjang-panjang berkata di dalam hati, aku rasa selepas aku bayar butterfly semalam aku terus masuk dalam kereta mesti benda tu ada dalam kereta tak boleh jadi mesti ada di dalam kereta. Sebelum buka pintu kereta sekali lagi Bismillahirromannirrohim kalau memang ada rezeki aku Ya Allah aku mohon dengan mu jumpakan lah butterfly tu.. bila terbuka pintu kereta ku terpandang satu plastic merah terselit di handbrek kereta. cepat-cepat ku tarik Ya Allah Alhamdullilah aku menjumpai butterfly yang dok keluar masuk dari tadi tak jumpa. Apa lagi menjerit aku berteriak-teriak si Iewa nie... Iewa...Iewa kak mis dah jumpa butterfly memasing kegembiraan ALHAMDULILAH YA ALLAH KAU TELAH MEMBANTU KESULITAN KU. TERIMA KASIH YA ALLAH. lega rasanya.
Wawa pun kan if da penin carik brg yg ilang wa akan cool down sat peh tu stat carik blk tp bagi salam dl...peh tu biasanya ngan IZINNYA sure jumpa..ada skali tu kan kak wa carik sim card abes pusing 1 umah..pas bg salam n duduk bertenang rupa2nya sim card tu melekat kat betis wa...
salam...cantiklah si rerama tu....kalau kita ikhlas buat sesuatu memang Allah akan tolong kita...lagi satu baca 'tabbathyada....' hingga habis dan yakin, insyaAllah barang yg kita lupa letak di mana akan ditemui...
dugaan untk k.miss kan..but finally,the result..very the very marvelous! masa my wed dulu pun theme 'GOLD' gak tp masa tu cuppies tak glamer lagik,kalau tak sure makuda order dr k.miss
baca cerita kak miss ni teringat kisah sy baru2 ni..
hampir2 juga melayang duit rm50 (walaupun bukan byk sgt tp kita yakin kita tak wat salah.. mesti ler rasa ralat nak kena bayar rm50 pd pak guard yg clamp kereta sy ~ ada dlm entry sy baru ni edisi melepas geram) lepas solat asar sy berdoa bersungguh2 mohon tuhan tunjukkan kebenaran... sampai nangis2 tuu... tuhan tu maha mendengar setiap rintihan dan doa dari kita sebenarnya.. akhirnya semua selesai tanpa sy perlu keluarkan duit rm50 tuu sbb ternyata kebenaran dipihak saya... syukur sgt2
salam kpd kak miss, boleh tak bagi saya quotation bagi cc dan cakes... i nak promote to my customer when they needed..... bleh bagi special price... hehehe